PENGENALAN
BIDANG PERTANIAN
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ‘pertanian’ yang terhasil dari kata nama tani
bermaksud perihal bertani (tanam-menanam) atau perusahaan bercucuk tanam.
Pertanian merupakan satu bentuk kegiatan penanaman tumbuhan dan pokok-pokok
yang mampu memberikan hasil kepada manusia. Sumber ini merupakan salah satu
ciptaan Allah SWT kepada manusia sebagai punca rezeki yang boleh dikategorikan
kepada beberapa jenis penghasilan seperti sumber makanan, bahan mentah untuk
pembuatan rumah, perabot, alat tulis, kertas dan pelbagai lagi. Bidang
pertanian juga merupakan satu bidang yang tidak pernah terhenti prosesnya
memandangkan keperluan kepada penghasilannya adalah tinggi.
Menurut
Mohammad Shukri Majalin (2011), bidang atau sektor pertanian ialah satu sektor
yang mampu menjana pendaatan negara serta merupakan salah satu sektor penting
dalam hala tuju pembangunan atau ekonomi negara Malaysia amnya. Beliau turut
memperincikan laporan yang berkaitan sektor pertanian di negeri Sabah dengan
menyatakan bahawa sektor pertanian merupakan sumber bekalan penduduk tempatan,
memberi banyak peluang pekerjaan. Sektor ini juga turut menyumbang 25% hingga
30% KDNK Negeri Sabah. Dalam tahun 2006 pula, sumbangan nilai eksport negeri
Sabah adalah sebanyak 35% hingga 44%. Secara amnya, beliau membuat kenyataan
bahawa sektor pertanian adalah sektor yang berdaya saing. Justeru, kerajaan
mahu mewujudkan sektor pertanian yang berdaya maju, bersifat komersial dan
berdaya tahan. Bagi merealisasikan wawasan ini, para penggiat bidang pertanian
perlu melakukan perubahan dari segi cara perlaksanaan, minda yang betul dan
keupayaan modal insan, kewangan dan peralatan atau mesin.
Perkembangan
ekonomi Malaysia pada asasnya bermula dengan fokus yang ditumpukan kepada
sektor pertanian. Menurut Fatimah Mohamed Arshad (2007; p. 1), di tahap
awal pembangunana, sektor pertanian telah menjadi penjana utama
pertumbuhan. Dalam tahun 1960an, sektor pertanian berperanan sebagai
sektor yang membekalkan makanan untuk penduduk yang kian bertambah, menyediakan
peluang pekerjaan, memberi pendapatan eksport negara, mengumpul simpanan untuk
pelaburan industri dan menyediakan bahan mentah untuk pertumbuhan industri
asas-asas tani (Fatimah Mohamed Arshad, 2007; p. 1). Berdasarkan kepada
Ringkasan Eksekutif Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020: Pertumbuhan
Berpaksikan Rakyat (2015; p. 3), Malaysia berjaya mentransformasi struktur
ekonomi daripada ekonomi berasaskan pertanian dalam dekad 1970-an kepada
ekonomi berasaskan pembuatan pada pertengahan dekad 1980-an dan kepada
perkhidmatan moden dalam dekad 1990-an.
KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN
Bidang
atau sektor pertanian ini dilabelkan sebagai satu bidang yang amat penting
sedangkan ianya bukanlah diusahakan oleh individu yang dilabelkan sebagai
pekerja dari bidang profesional. Menurut Ashriq Fahmy Ahmad (2012), sektor
pertanian ini kebiasaannya hanya dipelopori oleh para petani secara
kecil-kecilan dan kurang diminati oleh segolongan besar rakyat Malaysia.
Berbeza pula dengan apa yang dapat kita lihat pada tahun 2016 dimana rata-rata
anak muda semakin giat mengusahakan bidang pertanian ini sebagai sesuatu yang
dilihat mempunyai potensi dalam memberi pulangan yang lumayan. Disebabkan itu
juga, bagi meningkatkan kesedaran dikalangan rakyat negara Malaysia, Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) bersama Universiti Putra Malaysia
telah menganjurkan Program Cabaran Siswatani 2011.
Kepentingan
bidang pertanian ini dilihat sangat tinggi apabila meningkatnya permintaan
kepada bahan asas tani seperti sayur-sayuran dan sumber lain untuk kegunaan
harian. Bidang pertanian amat penting dalam membantu pengeluaran oksigen dengan
lebih banyak dan dilihat sebagai salah satu penjagaan dan pemeliharaan
ekosistem. Bukan itu sahaja, bidang pertanian ini dilihat dapat mengurangkan
kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Mengapa perlu
mendapatkam bahan makanan dari negara lain sedangkan tanah untuk pertanian di
negara Malaysia amat sesuai untuk tanaman utama seperti beras, kopi, bijirin
dan juga koko. Jika keperluan ini dilihat mencukupi, maka Malaysia tidak perlu
atau dapat mengurangkan jumlah bahan yang diimport dari negara luar.
Dari segi
matawang dan keuntungan pula, bidang pertanian amat penting kerana ia merupakan
salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk ke dalam negara
melalui pengeksportan hasil pertanian ke negara-negara luar. Selain itu, ia
memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bekerja di dalam bidang
pertanian sekaligus menggalakkan pusingan wang di dalam negara.
Pentingnya
menceburi bidang pertanian bagi setiap lapisan masyarakat adalah secara tidak
langsung kita akan dapat memenuhi keperluan bahan makanan sekaligus mengelakkan
krisis makanan daripada berlaku. Dengan bilangan penduduk yang dijangka
meningkat sehingga 30.5 juta penduduk menjelang tahun 2020, dijangka keperluan
makanan juga akan meningkat. Ini juga menjadi kegusaran penduduk apabila
kurangnya makanan sekiranya berlaku bencana alam.
Pertanian
adalah tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber
makanan,kewangan dan ekonomi. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan
pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lebih besarpendapatan
yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja malah untuk
keperluan negara sendiri. Persepsi rakyat terhadap pertanian juga perlu diubah.Rakyat
perlu lebih berani mengambil risiko dan mula berbakti pada tanah.
Di negara
seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, petani
dipandang tinggi kerana mereka tergolong daripada orang-orang kaya. Ini
disebabkan sektor pertanian yang diusahakan oleh mereka memberi pulangan
menguntungkan. Menurut pakar ekonomi berkaitan pertanian, orang kaya
dalam sektor pertanian sebenarnya bukan terdiri daripada golongan petani sejati
tetapi adalah golongan pelabur dari sektor swasta atau individu yang mempunyai
modal besar untuk mengusahakan industri pertanian secara komersial.
Pertanian merupakan satu bidang yang memerlukan modal besar dan hanya mereka
yang sanggup melabur akan memperolehi kejayaan.
Untuk
memastikan pertanian yang diusahakan menguntungkan, usahawan tani perlu sedia
berubah terhadap cara berfikir, bertindak dan membuat keputusan sebagai seorang
usahawan. Setiap perbelanjaan dan pendapatan direkod bagi mengetahui
untung rugi sesuatu projek yang diusahakan. Trend pasaran, risiko dalam
bidang pertanian, keadaan persekitaran, cuaca dan lain-lain yang berkaitan
dengan faktor pengeluaran perlu sentiasa diberikan perhatian.
Bagi
memastikan bidang pertanian merupakan perniagaan yang menguntungkan dan mampu
memberikan kekayaan, aspek kuantiti dan kualiti sentiasa dipertingkatkan.
Kualiti produk yang dihasilkan akan menentukan harga pasaran hasil yang akan
dijual. Bagi menambahkan lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses
nilai tambah seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan pemasaran perlu
juga diberikan keutamaan.
POTENSI PERTANIAN DI MALAYSIA
Semenjak tahun 1984, tiga Dasar Pertanian Negara telah
digubal untuk memajukan sektor pertanian iaitu Dasar Pertanian Negara Pertama
(1984-1991) yang memberi penekanan untuk membangunkan sektor pertanian yang
berorientasikan ekspot; Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi
penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan Dasar
Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor
pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.
Bidang
pertanian juga berpontensi mengeluarkan produk yang bermutu tinggi untuk
pasaran tempatan juga meneroka pasaran antarabangsa, maka dengan itu tindakan
perlu diambil untuk memenuhi permintaan pasaran terhadap makanan yang selamat
dan berkualiti. Ini termasuk tindakan untuk menepati piawaian-piawaian
antarabangsa serta pelabelan, penggredan dan pembungkusan yang boleh diterima
di pasaran antarabangsa. Beberapa program jaminan kualiti hasil pengeluaran
ladang dan pemprosesan yang sedang dilaksanakan seperti Skim Akreditasi Ladang
Malaysia (SALM) oleh Jabatan Pertanian, Skim Akreditasi Ladang Ternakan
(SALT) dan Veterinary Health Mark (VHM) oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan
Skim Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) oleh Jabatan Perikanan,
perlu dikuatkuasakan tanpa sebarang kompromi. Dua lagi program jaminan kualiti
hasil makanan yang sedang digubal ialah Skim Organik Malaysia (SOM) oleh
Jabatan Pertanian dan Quality Assurance System (QAS) oleh MARDI perlu
direalitikan dengan segera. Jika tindakan seperti ini dilaksanakan dengan baik
maka potensi bidang pertanian sebagai pengeluar produk bermutu tinggi mendapat
pasaran yang meluas di peringkat antarabangsa.
Dalam Usahawan.Com ada
menyatakan bahawa beberapa perkara dapat dilihat dimana pada tahun 2010, nilai
pengeluaran kasar daripada Banci Ekonomi 2011 bagi sektor pertanian adalah
sebanyak RM53,452.1 juta. Penyumbang utama pengeluaran didalam sektor pertanian
adalah merupakan subsector tanaman dengan RM37,275.6 juta. Selain itu, bidang
pertanian juga dapat memberi keuntungan yang besar buat pelabur serta
pengusaha. Ini kerana, apabila pengusaha amat menitik beratkan beberapa aspek
termasuklah kuantiti dan juga kualiti, maka harga pasaran bagi hasil yang akan
dijual pasti akan meningkat. Daya saing penghasilan produk akan bertambah
apabila penambahan daripada aspek pemprosesan, penggredan, pembungkusan serta
pemasaran diberi keutamaan. Galakkan dari kerajaan khusus bagi peniaga, petani
serta pekebun kecil untuk mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan
ladang secara moden, begitu juga dengan penggunaan jentera baru serta teknologi
terbaru turut menggiatkan Amalan
Pertanian Baik (APB) yang merupakan satu pendekatan serta sistem
pengembangan pertanian oleh Jabatan
Pertanian Malaysia dalam memastikan pengeluaran hasil pertanian
lebih berkualiti serta selamat dimakan. Pertanian juga dapat dijadikan
perniagaan apabila konsep agro-pelancongan diperkenalkan. Ianya adalah
merupakan satu konsep pelancongan yang telah berkembang pesat berikutan
Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Pebagai aktiviti yang
berkaitan dengan sektor pertanian serta perladangan disediakan buat para
pelancong. Antara aktivitinya adalah seperti lawatan ke dusun buah-buahan dan
ladang ternakan, penyelidikan, homestay dan sebagainya. Selain dari menjadi
pusat pelancongan berasaskan pertanian, tetamu turut diajar tentang teknik
pertanian moden yang digunakan
Selain
itu, potensi pertanian negara kita mendapat jaminan pasaran tempatan dan luar
negara, juga memperolehi harga yang lebih tinggi dan seterusnya memperolehi
pendapatan yang menguntungkan jika pengeluaran hasil pertanian yang ada
sekarang menepati aspek-aspek kualiti dan keselamatan yang terjamin. Sekiranya
semua pengusaha pertanian mengamalkan pendekatan ini, tidak mustahil daya saing
pengeluaran pertanian negara akan berjaya dipertingkat dan dipertahankan. Di
samping itu semua jabatan dan agensi yang terlibat perlu menyegerakan tindakan
melaksanakan program jaminan kualiti den memastikan bahawa pengusaha memahami
langkah-langkah yang perlu dipatuhi secara berterusan bagi meningkatkan potensi
kepada lebih baik lagi.
Kita
semua sedia maklum bahawa perbelanjaan yang dilabur oleh Kerajaan untuk memajukan
sektor pertanian adalah besar tetapi pendapatan yang diterima oleh golongan
sasar masih rendah. Jadi, sudah sampai masanya pendekatan baru dilaksanakan
untuk mengatasi masalah tersebut. Fokus utama boleh diberi kepada industri padi
dan beras serta Dasar Pengeluaran Makanan Strategik, ternakan dan perikanan
laut dalam. Cara-cara baru juga perlu dikenal pasti untuk memastikan bahawa
pertubuhan-pertubuhan petani dan nelayan sebenarnya meningkat pendapatan ahli
mereka secara berterusan dan tidak mengayakan pertubuhan-pertubuhan terlibat
sahaja.
Tindakan
ini perlu diambil supaya golongan yang disasar akan memperolehi pendapatan yang
bertambah untuk mengatasi masalah kemiskinan dan sekali gus menaikkan taraf
hidup mereka. Antara potensi-potensi bidang pertanian yang perlu diberi
perhatian dalam menggubal pendekatan baru ini termasuk memperkukuhkan
organisasi yang menyelaras aktiviti, menyediakan skim pembiayaan yang
bersesuaian termasuk penglibatan Kerajaan Negeri.
Potensi
bidang pertanian dapat ditingkatkan dengan penggunaan teknologi terkini
menerusi beberapa projek demonstrasi seperti Projek Sepuluh Tan Padi, Program
Fertigasi Tanaman, Program Inkubator Industri Kecil dan Sederhana, Sistem Rumah
Tertutup Ayam dan Amalan Pertanian/Ternakan/Akuakultur Yang Baik. Di samping
itu, MARDI perlu berusaha untuk meningkatkan kadar pemindahan teknologi dan
inovasi kepada usahawan kecil dan sederhana dan syarikat swasta yang terlibat
dalam industri asas tani. Usaha bagi meningkatkan potensi bidang pertanian ini
boleh dilaksanakan menerusi program seminar menggalakkan penggunaan teknologi
MARDI, mengadakan pameran bergerak yang memberl fokus kepada teknologi baru,
menubuhkan pusat maklumat teknologi di sebelas stesen utama dan merancang untuk
mengadakan ladang contoh di beberapa stesen MARDI untuk dijalankan oleh
industri kecil dan sederhana dan syarikat swasta. (Mahani Abu Bakar, 2009)
Potensi
bidang pertanian sebagai perniagaan bergantung kepada bidang pertumbuhan baru
atau new growth areas yang mempunyai potensi untuk dimajukan. Beberapa bidang
baru yang berpotensi perlu diterokai ialah pembangunan pusat makanan halal,
ekuin dan haiwan eksotik, minimally processed food dan produk-produk
bioteknologi seperti kultur sel, pharmaceutical, nutraceutical, produk-produk
herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan.
Inisiatif-inisiatif baru perlu diambil olah jabatan dan agensi di bawah
kementerian untuk bekerjasama dengan pihak swasta bagi menerokai bidang-bidang
ini.
Produk-produk
yang telah dikenal pasti boleh meningkatkan potensi bidang pertanian dengan
menyumbang kepada pencapaian lebihan imbangan dagangan ialah seperti ikan dan
produk ikan, daging dan produk, buah-buahan, binatang hidup, telur, kopi, teh
dan rempah. Usaha penjenamaan Malaysia’s Best oleh FAMA harus diperbanyakkan
lagi agar dapat memperluaskan lagi pemasaran pengeluaran pertanian di dalam dan
luar negara.
Selain
itu, bagi meningkatkan potensi pengeluaran dan kecekapan pengeluaran hasil
bidang pertanian, kementerian perlu merealisasikan pembangunan kawasan-kawasan
pengeluaran berteraskan Cluster seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, Target
Area Concentration, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti
Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kesemua ini bertujuan
untuk meningkatkan potensi bidang pertanian,iaitu membangunkan komoditi dan
produk yang berteraskan Industrial Districts di mana pemasaran, pengeluaran,
innovasi dapat dirancang dan diperlengkapkan dengan infrastruktur sokongannya.
Di
samping itu sumber pembiayaan pinjaman perlu juga diberi perhatian supaya pihak
swasta dapat menjayakan projek-projek pertanian dan industri asas tani. Selain
itu, selaras dengan keutamaan kerajaan mempertingkatkan potensi terhadap sektor
pertanian dan industri asas tani, institut-institut pengaiian tinggi di negara
perlu mengkaji semula pengajian dan kurikulum yang disediakan pada masa ini
supaya dapat melahirkan graduan yang sesuai selaras dengan kehendak bidang
pertanian. Dalam hubungan ini, dicadangkan supaya pihak universiti-universiti
meneliti semula pengajian dalam bidang pertanian yang disediakan supaya selari
dengan permintaan pihak swasta dan organisasi awam. Usaha juga perlu
dipertingkatkan untuk menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang
pertanian sebagaimana mereka berminat menyertai sektor pembuatan dan
perkhidmatan. Ini termasuk mendedahkan golongan muda kepada peluang-peluang
pekerjaan dan perniagaan sebagai kerjaya yang berpontesi untuk memberi
keuntungan kepada mereka. Program Tunas Mekar perlu diteliti untuk dilaksanakan
dalam sektor pertanian secara besar-besaran. Oleh yang demikian, dengan cara
ini dapat juga meningkatkan potensi bidang pertanian sebagai perniagaan yang
menguntungkan kepada mereka.
Selain
daripada itu juga, Peranan Kerajaan Negeri untuk bersama dengan kementerian
membawa arus perubahan yang baru kepada sektor pertanian adalah sangat penting
bagi meningkatkan potensi bidang pertanian. Pembangunan pertanian memerlukan
tanah sama ada di darat atau laut dan perkara ini adalah di bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri. Misalnya, Jabatan Perikanan telah merancang untuk membangunkan
Zon Industri Akuakultur dan kawasan-kawasan yang dikenal pasti adalah terletak
di negeri-negeri. Kejayaan projek ini sangat bergantung kepada kelulusan
Kerajaan Negeri dan syarat-syarat lain yang dikenakan kepada
pengusaha-pengusaha yang akan memaju projek.
Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani bersama jabatan dan agensi di bawahnya perlu
merancang dan melaksanakan program juga projek untuk meningkatkan potensi
bidang pertanian selaku pengeluaran makanan dan memajukan kumpulan sasaran
iaitu para petani. Dalam hubungan ini, kumpulan sasaran para petani terdapat di
peringkat daerah, kampung dan mukim. Oleh yang demikian, nisbah pegawai dan
bilangan petani harus dilihat semula supaya bilangan pegawai yang ditempatkan
di peringkat negeri dan daerah adalah pada tahap yang bersesuaian dengan
bilangan petani. Ketua-ketua jabatan dan agensi perlu melihat semula cara-cara
pengagihan (decentralization) tenaga kerja di peringkat bawah supaya hasil
pertanian dapat dikekalkan dalam potensi yang baik sebagai perniagaan
menguntungkan.
Pertanian
dalam negara mampu berdaya saing sekiranya semua pengusaha dalam bidang
pertanian turut mengambilkira program pensijilan yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pengusaha-pengusaha
pertanian boleh mendapatkan pengiktirafan melalui pensijilan Amalan Pertanian
Baik (APB) seperti sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) daripada
Jabatan Pertanian Malaysia, Sijil Amalan Ladang Ternakan (SALT) daripada
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur
Malaysia (SPLAM) daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Selain daripada produk
yang dikeluarkan berkualiti dan selamat untuk dimakan, pensijilan diperolehi
secara tidak langsung dapat menepati piawaian pengeluaran antarabangsa yang
membolehkan hasil keluaran dipasarkan ke luar negara
Perubahan Iklim Dan Cuaca
Perubahan
iklim dunia secara mendadak berupaya menjejaskan jaminan bekalan makanan dunia
dan merupakan cabaran utama dalam bidang pertanian. Kenyataan ini boleh
dibuktikan melalui laporan Perkembangan Ekonomi Malaysia pada suku pertama
tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu “pertumbuhan dalam sektor pertanian menguncup
3.8% (S4 2015 : 1.5%), terutama mencerminkan pengeluaran minyak sawit yang
lebih rendah, berikutan fenomena cuaca El Nino yang menjejaskan hasil tanaman.”
Faktor
bencana alam seperti banjir, kemarau dan tanah runtuh mempengaruhi jumlah
pengeluaran semasa dan lebih teruk lagi pengusaha terpaksa menanggung kerugian
yang besar akibat kemusnahan tanaman. Turut memetik kenyataan Pengarah
Pertanian Terengganu, Encik Yusof Maidin kepada akhbar Sinar Harian online pada
3 Februari 2013, bencana banjir di Terengganu memusnahkan tanaman seluas 688
hektar dengan kerugian lebih RM1.7 juta, membabitkan lebih 12,000 petani. Tanaman
paling banyak terjejas adalah padi meliputi kawasan seluas 275.5 hektar,
diikuti tanaman kontan (149.82 hektar), sayur-sayuran (115.38 hektar) dan pokok
buah-buahan (103 hektar). Selain tanaman, banjir itu turut memusnahkan
peralatan dan mesin pemprosesan mengakibatkan kerugian RM42,000.00 kepada 10
pengusaha.
Perubahan
cuaca yang ekstrem di sesetengah negara juga boleh menjadi sebab keperluan
bahan makanan semakin berkurangan. Hal ini pernah berlaku di Rusia pada tahun
2010, yang telah menyebabkan kerajaan Rusia mengambil langkah drastik
menghentikan eksport hasil pertanian gandum dan barli mereka. Krisis makanan
juga pernah berlaku di Malaysia pada bulan Mac dan April tahun 2008 dan 2016.
Krisis ini terjadi apabila kekurangan beras dan kenaikan harga minyak mentah
global. Ternyata, ia telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat
apabila inflasi berlaku dan harga keperluan makanan naik dengan mendadak.
Selain daripada isu cuaca, faktor lain yang membawa kepada masalah kekurangan
makanan adalah berpunca daripada kejadian bencana alam yang berterusan. Apabila
terjadinya bencana alam, ladang-ladang pertanian akan musnah dan ada yang
terpaksa menukar tanah-tanah pertanian menjadi kawasan penempatan penduduk.
Akibatnya keluasan tanah-tanah pertanian menjadi semakin kecil.
Masalah
kekurangan tanah yang sesuai untuk tujuan pertanian komersil berskala besar.
Melalui kajian tapak yang dijalankan oleh Rafiqah Mat dan Aziz Abdul Majid
(2015) mendapati “pengusaha pertanian menghadapi halangan atau masalah yang berkaitan
dengan tanah seperti keluasan tanah yang tidak ekonomik, kekurangan tanah
kosong, tanah yang kurang sesuai untuk pertanian dan masalah sewa tanah”.
(hlmn. 51).
Saiz
tanah yang terhad hanya menghasilkan jumlah pengeluaran berskala kecil sahaja
dan menampung keperluan di pasar-pasar dan kedai-kedai sekitar nya. Hal ini
tidak membantu meningkatkan julat keuntungan kepada pengusaha, sebaliknya
pendapatan yang statik ditambah pula beban kos utiliti yang saban hari semakin
tinggi, hanya mengundang kepada masalah baru iaitu peningkatan harga makanan
dan harga barangan.
Masalah Tenaga Buruh
Dengan
kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur
dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja
tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah,
generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu
lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih
´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam
sektor perindustrian.
Hal ini kerana imej pekerjaan
di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang
lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor
perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor
pertanian tidak stabil.
Penghijrahan tenaga buruh dari
sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga
buruh di sektor pertanian. Malah, bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang
mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat tahun demi tahun.
Kekurangan tenaga buruh yang
mendesak menyebabkan ramai pekerja asing dibawa masuk. Di antara tahun
2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja
dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Lebih parah, petani asal
yang tinggal adalah terdiri daripada petani yang sudah tua dan uzur.
Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian pada tahun
2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun.
Kekurangan Modal
Kekurangan
modal pula merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden,
terutamanya menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau
klon yang tinggi daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk
menanam semula, petani terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk
mendapatkan hasil. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak mempunyai sebarang
sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu, walaupun teknologi moden berpotensi
memberikan manfaat yang besar, mereka tidak berkemampuan untuk menerimanya.
Kekurangan ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap
tidak dapat dilaksanakan. Juga, petani yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah
kekurangan modal kerana mereka sukar memperolehi kredit daripada institusi
kewangan. Untuk mendapatkan kredit, mereka terpaksa memenuhi syarat dan
keperluan yang kompleks yang ditetapkan oleh institusi berkenaan.
Selain
daripada cabaran yang dikemukan oleh Yuni (2013) di atas, terdapat juga
cabaran-cabaran lain seperti yang dinyatakan oleh Shahril (2012) iaitu;
Transformasi Ladang
Saiz
tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang
tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok,
pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran
Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini,
Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran
pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program
Plantation Integration Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan
penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan
lembu.
Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan
Mekanisasi, Otomasi dan Teknologi
Negara
perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat
kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu
pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi
meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan
belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian,
dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam
pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi
dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea
cage culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat ´post harvest´.
Pengurusan Ladang Yang Moden
Program
latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan
dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala
pakar-pakar dan pekerja yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan
dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani.
Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang
berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal. Inkubator-inkubator
bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada
golongan sasar di ladang sebenar.
Daya saing Lebih Tinggi
Kualiti
produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak
dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik
dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah
berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian
negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian
negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa
bagi membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara.
Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara
meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang
ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang
pemprosesan, stesen kuarantin dan setiap pintu masuk ke dalam negara.
Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan
Masalah
pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi
tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed
farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu
usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan
pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai
tambah yang tinggi.
BEBERAPA LANGKAH DALAM MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN KUALITI PERTANIAN
Bagi
meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pertanian samada peringkat petani,
pengusaha ladang, mahupun badan korporat dan kerajaan, beberapa langkah wajar
diambil perhatian untuk dilaksanakan. Pertamanya ialah menggiatkan pertanian
secara kontan dan komersil untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat
dengan mengurangkan import dan menambahkan eksport. Para petani dengan bantuan
kerajaan perlu mengusahakan tanaman yang mempunyai potensi komersil seperti
produk semulajadi khusus, keluaran hutan bukan balak, keluaran bioteknologi,
florikultur, dan sebagainya.
Antara
masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian ialah saiz ladang yang berskala
kecil dan tidak ekonomik yang meninggikan kos dan mengurangkan produktiviti.
Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang
bersaiz kurang dari satu hektar. Bagi mengatasi masalah ini, program-program
untuk memperolehi faedah berskala perlu dijalankan. Contohnya seperti projek
kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet, dan taman kekal pengeluaran
makanan.
Langkah
kedua ialah menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran makanan
secara komersil. Jika diperhatikan, pelaburan syarikat-syarikat swasta dalam
sektor pertanian adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan di
dalam sektor pembuatan dan perladangan. Ini adalah kerana masih wujudnya
persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang
berbanding sektor lain.
Kerajaan
melalui Kementerian Pertanian dan MIDA telah pun menyediakan insentif istimewa
dan potongan cukai bagi projek pertanian, pengeluaran makanan, dan lain-lain
industri asas tani seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Penggalakkan
Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini,
syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan
layak mendapatkan insentif khas seperti taraf perintis, elaun cukai pelaburan,
insentif penyelidikan, insentif eksport, dan sebagainya. Walaupun insentif yang
diberikan kepada sektor pertanian sangat banyak dan menarik, namun peratusan
pelaburan yang diharapkan masih tidak memuaskan.
Langkah
ketiga yang perlu dilaksanakan ialah pemindahan dan penggunaan teknologi moden.
Kebergantungan sepenuhnya kepada tenaga buruh dalam sektor pertanian perlu
dikurangkan dengan melaksanakan transformasi tenaga buruh kepada penggunaan
mekanisasi, otomasi, dan teknologi moden.
Antara
usaha yang perlu digiatkan termasuklah program inkubator dan belia tani bagi
melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem
ternakan secara tertutup (closed house system). Di dalam pembangunan perikanan
pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi perlu dilaksanakan melalui
program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture, dan
sebagainya. Bagi mempercepatkan modenisasi bidang pertanian ini, kita perlu
menjalinkan kerjasama serta mendapatkan khidmat bantuan dan kepakaran dari
negara-negara luar.
Langkah
yang keempat ialah menggiatkan penyelidikan dan pembangunan bagi mewujudkan
sumber pertumbuhan baru dengan mengguna dan memulihara sumber semulajadi secara
lestari di samping meningkatkan produktiviti ke tahap yang maksima.
Kita
banyak bergantung kepada teknologi dan input luar. Sebanyak 95% daripada benih
tanaman sayuran dan 40% daripada benih tanaman buah-buahan adalah diimport dari
China, Australia, dan Taiwan. Justeru, kita perlu meningkatkan usaha
penyelidikan bagi mencari sumber-sumber benih alternatif dan menambahkan
produktiviti serta keberkesanan kos pengeluaran pertanian di samping
menghasilkan produk-produk baru yang inovatif. Kajian juga harus dijalankan
bagi menghasilkan rantaian nilai tambah yang lain seperti pemprosesan makanan
dan cara-cara pembungkusan di samping langkah-langkah susulan dalam
mengkomersialkan penemuan-penemuan kajian dari makmal kepada pasaran.
Langkah
kelima pula ialah pengurusan pertanian yang efisyen. Ini meliputi penggunaan
tanah secara intensif melalui pelaksanaan lebih meluas campuran tanaman,
mengintegrasi pengeluaran makanan dengan tanaman ladang, menggunakan sumber semulajadi
secara mampan dan mesra alam, serta menggalakkan rantaian dengan aktiviti lain
seperti industri pembuatan. Sebagai contoh, kita boleh mengorientasikan semula
getah sebagai tanaman strategik yang membekalkan balak untuk industri
berasaskan kayu serta lateks bagi industri berasaskan getah. Ini dapat
meningkatkan produktiviti secara maksima dengan kos yang minima.
Langkah
yang keenam ialah memberikan bimbingan dan latihan kepada para petani.
Pendekatan yang terbaik ialah memfokuskan kepada teknik pengurusan tanaman yang
bersifat mesra alam dan kurang menggunakan racun merbahaya bagi meningkatkan
mutu dan keselamatan produk pertanian. Justeru, kita perlu menggalakkan petani
supaya mengamalkan teknik natural farming dengan sistem rawatan tanah, penggunaan
baja dan racun perosak yang selamat digunakan. Program latihan dan kemudahan
mesti dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran
teknikal. Untuk mencapai tujuan ini, inkubator-inkubator bagi memberikan
latihan hendaklah dibina di seluruh kawasan pertanian.
Langkah
ketujuh ialah menjalankan pertanian secara sektoral melalui pengezonan kawasan
pengeluaran pertanian. Ini bertujuan bagi membangunkan pertanian secara
kelompok dan mendapatkan faedah perbandingan. Zon-zon pengeluaran ini
termasuklah zon industri akuakultur, zon tanaman, zon ternakan, dan kawasan
integrasi. Penwujudan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan
produktiviti mereka dan memudahkan Kerajaan menumpukan khidmat sokongan
mengikut jenis pertanian yang dilaksanakan sesebuah kawasan.
Langkah
kelapan ialah memperlengkapkan kemudahan infrastruktur dan pemasaran hasil
pertanian. Kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang
perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kemudahan pemasaran
seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga perlu disediakan
untuk melancarkan pemasaran serta mengelakkan masalah lambakan.
Langkah
kesembilan ialah pemantauan bersepadu terhadap kualiti hasil pertanian.
Kerajaan perlu memastikan bekalan makanan yang dihasilkan mencukupi,
berkualiti, selamat dimakan, berkhasiat, dan dijual dengan harga yang
berpatutan. Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil
pertanian negara tidak dapat bersaing di pasaran global.Di peringkat pasaran
global, isu mengenai keluaran pertanian yang berkualiti dan selamat untuk
dimakan kini menjadi satu keperluan penting. Piawaian-piawaian yang ditetapkan
oleh CODEX Alimentarius Commission, Hazard Analysis and Critical Control Point
(HACCP) dan Euro Retailer Working Group Good Agriculture Practice (EUREPGAP)
perlu diamalkan bagi menjamin kemasukan produk kepada negara pengimport.
KESIMPULAN
Jelaslah di sini, anggapan terhadap sektor pertanian dan industri
asas tani selama ini meleset dan perlu diubah. Kempen kesedaran untuk mengubah
persepsi dan tanggapan awam tentang sektor pertanian dan industri hiliran
berasaskannya perlu segera dibuat bagi menyedarkan masyarakat bahawa pertanian
sebenarnya satu perniagaan, satu bidang komersial yang amat menguntungkan bukan
lagi aktiviti tradisional bagi menampung keperluan makanan seisi rumah
semata-mata yang menggunakan tulang empat kerat, sebaliknya satu industri yang
dibangunkan dengan jentera dan peralatan moden dan bernilai untuk pasaran
eksport. Malaysia yang kaya dengan hasil
bumi dan tanah yang subur mampu menjadi pusat pertanian yang pesat sehinggakan
dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, bidang pertanian
ini juga menjadi salah satu bidang yang mempunyai daya saing yang tinggi dan
merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.
RUJUKAN
Mohammad Shukri Majalin. (2011). Menjadi usahawan tani yang berjaya.
Selangor: Penerbitan Melur.
Valentino Dinsi. (2015). Satu keluarga
satu usahawan "skuse" (Jamaludin Shahidan, Peny.). Selangor. JSA WISE
Sdn Bhd
Ashriq Fahmy Ahmad. (2012). Cabaran
graduan usahawan tani. Capaian 11 Disember 2016, dari http://ww1.utusan.com.my
Ghazali
Basri. (2016). Program my best buy
rekod jualan rm8 juta. Capaian 11 Disember 2016, dari http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/pertanian/
Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). (2016). Penubuhan dan
latar belakang. Capaian 11 Disember 2016, dari http://www.mardi.gov.my/
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA). (t.t). Latarbelakang.
Capaian 11 Disember 2016, dari http://www.fama.gov.my/
Rafiqah Aziz. (2015). Kepentingan pertanian bandar dan cabaran
yang dihadapi oleh petani bandar di malaysia. Capaian 11 Disember 2016,
dari http://malaysiangeographers.org/ h.44-56
Usahawan.com. (t.t). Pertanian adalah
perniagaan. Capaian 11 Disember 2016, dari
http://www/usahawan.com/kerjaya/pertanian-adalah-perniagaan.html
Laupa
Junus. (2009, 13 Ogos ). Pendekatan baru perkasa : sektor pertanian. Agro Biz, h. 2.
Mohamad
Nizam Malik. (2009, 13 Ogos) Agribazaar. Agro Biz, h. 19.
Fatimah
Mohamed Arshad. (2007). Pertanian
Sebagai Pertanian, Serdang: Universti Putra Malaysia, diakses dari http://econ.upm.edu.my/~fatimah/Pertanian-sbg-Perniagaan-07.pdf, diakses pada 11 Disember 2016
Shamshubaridah Ramlee & Madeline Berma (2007) “Pertanian Adalah Perniagaan” : Analisis
Pengurusan Kewangan Pks Pertanian Dan Asas Tani, PROSIDING PERKEM
IV, JILID 2 (2009) 151-160
Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
ReplyDelete�� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570