Sunday, 1 January 2017

KEPENTINGAN, POTENSI DAN CABARAN PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN DI MALAYSIA







PENGENALAN BIDANG PERTANIAN

        Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ‘pertanian’ yang terhasil dari kata nama tani bermaksud perihal bertani (tanam-menanam) atau perusahaan bercucuk tanam. Pertanian merupakan satu bentuk kegiatan penanaman tumbuhan dan pokok-pokok yang mampu memberikan hasil kepada manusia. Sumber ini merupakan salah satu ciptaan Allah SWT kepada manusia sebagai punca rezeki yang boleh dikategorikan kepada beberapa jenis penghasilan seperti sumber makanan, bahan mentah untuk pembuatan rumah, perabot, alat tulis, kertas dan pelbagai lagi. Bidang pertanian juga merupakan satu bidang yang tidak pernah terhenti prosesnya memandangkan keperluan kepada penghasilannya adalah tinggi.

Menurut Mohammad Shukri Majalin (2011), bidang atau sektor pertanian ialah satu sektor yang mampu menjana pendaatan negara serta merupakan salah satu sektor penting dalam hala tuju pembangunan atau ekonomi negara Malaysia amnya. Beliau turut memperincikan laporan yang berkaitan sektor pertanian di negeri Sabah dengan menyatakan bahawa sektor pertanian merupakan sumber bekalan penduduk tempatan, memberi banyak peluang pekerjaan. Sektor ini juga turut menyumbang 25% hingga 30% KDNK Negeri Sabah. Dalam tahun 2006 pula, sumbangan nilai eksport negeri Sabah adalah sebanyak 35% hingga 44%. Secara amnya, beliau membuat kenyataan bahawa sektor pertanian adalah sektor yang berdaya saing. Justeru, kerajaan mahu mewujudkan sektor pertanian yang berdaya maju, bersifat komersial dan berdaya tahan. Bagi merealisasikan wawasan ini, para penggiat bidang pertanian perlu melakukan perubahan dari segi cara perlaksanaan, minda yang betul dan keupayaan modal insan, kewangan dan peralatan atau mesin.

Perkembangan ekonomi Malaysia pada asasnya bermula dengan fokus yang ditumpukan kepada sektor pertanian.  Menurut Fatimah Mohamed Arshad (2007; p. 1), di tahap awal pembangunana, sektor pertanian telah menjadi penjana utama pertumbuhan.  Dalam tahun 1960an, sektor pertanian berperanan sebagai sektor yang membekalkan makanan untuk penduduk yang kian bertambah, menyediakan peluang pekerjaan, memberi pendapatan eksport negara, mengumpul simpanan untuk pelaburan industri dan menyediakan bahan mentah untuk pertumbuhan industri asas-asas tani (Fatimah Mohamed Arshad, 2007; p. 1). Berdasarkan kepada Ringkasan Eksekutif Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020: Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat (2015; p. 3), Malaysia berjaya mentransformasi struktur ekonomi daripada ekonomi berasaskan pertanian dalam dekad 1970-an kepada ekonomi berasaskan pembuatan pada pertengahan dekad 1980-an dan kepada perkhidmatan moden dalam dekad 1990-an.

KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN

Bidang atau sektor pertanian ini dilabelkan sebagai satu bidang yang amat penting sedangkan ianya bukanlah diusahakan oleh individu yang dilabelkan sebagai pekerja dari bidang profesional. Menurut Ashriq Fahmy Ahmad (2012), sektor pertanian ini kebiasaannya hanya dipelopori oleh para petani secara kecil-kecilan dan kurang diminati oleh segolongan besar rakyat Malaysia. Berbeza pula dengan apa yang dapat kita lihat pada tahun 2016 dimana rata-rata anak muda semakin giat mengusahakan bidang pertanian ini sebagai sesuatu yang dilihat mempunyai potensi dalam memberi pulangan yang lumayan. Disebabkan itu juga, bagi meningkatkan kesedaran dikalangan rakyat negara Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) bersama Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Cabaran Siswatani 2011.

Kepentingan bidang pertanian ini dilihat sangat tinggi apabila meningkatnya permintaan kepada bahan asas tani seperti sayur-sayuran dan sumber lain untuk kegunaan harian. Bidang pertanian amat penting dalam membantu pengeluaran oksigen dengan lebih banyak dan dilihat sebagai salah satu penjagaan dan pemeliharaan ekosistem. Bukan itu sahaja, bidang pertanian ini dilihat dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Mengapa perlu mendapatkam bahan makanan dari negara lain sedangkan tanah untuk pertanian di negara Malaysia amat sesuai untuk tanaman utama seperti beras, kopi, bijirin dan juga koko. Jika keperluan ini dilihat mencukupi, maka Malaysia tidak perlu atau dapat mengurangkan jumlah bahan yang diimport dari negara luar. 

Dari segi matawang dan keuntungan pula, bidang pertanian amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk ke dalam negara melalui pengeksportan hasil pertanian ke negara-negara luar. Selain itu, ia memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bekerja di dalam bidang pertanian sekaligus menggalakkan pusingan wang di dalam negara. 

Pentingnya menceburi bidang pertanian bagi setiap lapisan masyarakat adalah secara tidak langsung kita akan dapat memenuhi keperluan bahan makanan sekaligus mengelakkan krisis makanan daripada berlaku. Dengan bilangan penduduk yang dijangka meningkat sehingga 30.5 juta penduduk menjelang tahun 2020, dijangka keperluan makanan juga akan meningkat. Ini juga menjadi kegusaran penduduk apabila kurangnya makanan sekiranya berlaku bencana alam. 
Pertanian adalah tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan,kewangan dan ekonomi. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan pertanian, seseorang itu mampu menjana pendapatan yang lebih besarpendapatan yang lebih besar dan bukan sekadar untuk keperluan diri sahaja malah untuk keperluan negara sendiri. Persepsi rakyat terhadap pertanian juga perlu diubah.Rakyat perlu lebih berani mengambil risiko dan mula berbakti pada tanah.

Di negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, petani dipandang tinggi kerana mereka tergolong daripada orang-orang kaya.  Ini disebabkan sektor pertanian yang diusahakan oleh mereka memberi pulangan menguntungkan.  Menurut pakar ekonomi berkaitan pertanian, orang kaya dalam sektor pertanian sebenarnya bukan terdiri daripada golongan petani sejati tetapi adalah golongan pelabur dari sektor swasta atau individu yang mempunyai modal besar untuk mengusahakan industri pertanian secara komersial.  Pertanian merupakan satu bidang yang memerlukan modal besar dan hanya mereka yang sanggup melabur akan memperolehi kejayaan.

Untuk memastikan pertanian yang diusahakan menguntungkan, usahawan tani perlu sedia berubah terhadap cara berfikir, bertindak dan membuat keputusan sebagai seorang usahawan.  Setiap perbelanjaan dan pendapatan direkod bagi mengetahui untung rugi sesuatu projek yang diusahakan.  Trend pasaran, risiko dalam bidang pertanian, keadaan persekitaran, cuaca dan lain-lain yang berkaitan dengan faktor pengeluaran perlu sentiasa diberikan perhatian.

Bagi memastikan bidang pertanian merupakan perniagaan yang menguntungkan dan mampu memberikan kekayaan, aspek kuantiti dan kualiti sentiasa dipertingkatkan.  Kualiti produk yang dihasilkan akan menentukan harga pasaran hasil yang akan dijual.  Bagi menambahkan lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses nilai tambah seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan pemasaran perlu juga diberikan keutamaan.






POTENSI PERTANIAN DI MALAYSIA

Semenjak tahun 1984, tiga Dasar Pertanian Negara telah digubal untuk memajukan sektor pertanian iaitu Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991) yang memberi penekanan untuk membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan ekspot; Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997) yang memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan; dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.
Bidang pertanian juga berpontensi mengeluarkan produk yang bermutu tinggi untuk pasaran tempatan juga meneroka pasaran antarabangsa, maka dengan itu tindakan perlu diambil untuk memenuhi permintaan pasaran terhadap makanan yang selamat dan berkualiti. Ini termasuk tindakan untuk menepati piawaian-piawaian antarabangsa serta pelabelan, penggredan dan pembungkusan yang boleh diterima di pasaran antarabangsa. Beberapa program jaminan kualiti hasil pengeluaran ladang dan pemprosesan yang sedang dilaksanakan seperti Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM) oleh Jabatan Pertanian, Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT) dan Veterinary Health Mark (VHM) oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Skim Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) oleh Jabatan Perikanan, perlu dikuatkuasakan tanpa sebarang kompromi. Dua lagi program jaminan kualiti hasil makanan yang sedang digubal ialah Skim Organik Malaysia (SOM) oleh Jabatan Pertanian dan Quality Assurance System (QAS) oleh MARDI perlu direalitikan dengan segera. Jika tindakan seperti ini dilaksanakan dengan baik maka potensi bidang pertanian sebagai pengeluar produk bermutu tinggi mendapat pasaran yang meluas di peringkat antarabangsa.

Dalam Usahawan.Com ada menyatakan bahawa beberapa perkara dapat dilihat dimana pada tahun 2010, nilai pengeluaran kasar daripada Banci Ekonomi 2011 bagi sektor pertanian adalah sebanyak RM53,452.1 juta. Penyumbang utama pengeluaran didalam sektor pertanian adalah merupakan subsector tanaman dengan RM37,275.6 juta. Selain itu, bidang pertanian juga dapat memberi keuntungan yang besar buat pelabur serta pengusaha. Ini kerana, apabila pengusaha amat menitik beratkan beberapa aspek termasuklah kuantiti dan juga kualiti, maka harga pasaran bagi hasil yang akan dijual pasti akan meningkat. Daya saing penghasilan produk akan bertambah apabila penambahan daripada aspek pemprosesan, penggredan, pembungkusan serta pemasaran diberi keutamaan. Galakkan dari kerajaan khusus bagi peniaga, petani serta pekebun kecil untuk mengoptimumkan amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden, begitu juga dengan penggunaan jentera baru serta teknologi terbaru turut menggiatkan Amalan Pertanian Baik (APB) yang merupakan satu pendekatan serta sistem pengembangan pertanian oleh Jabatan Pertanian Malaysia dalam memastikan pengeluaran hasil pertanian lebih berkualiti serta selamat dimakan. Pertanian juga dapat dijadikan perniagaan apabila konsep agro-pelancongan diperkenalkan. Ianya adalah merupakan satu konsep pelancongan yang telah berkembang pesat berikutan Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Pebagai aktiviti yang berkaitan dengan sektor pertanian serta perladangan disediakan buat para pelancong. Antara aktivitinya adalah seperti lawatan ke dusun buah-buahan dan ladang ternakan, penyelidikan, homestay dan sebagainya. Selain dari menjadi pusat pelancongan berasaskan pertanian, tetamu turut diajar tentang teknik pertanian moden yang digunakan

Selain itu, potensi pertanian negara kita mendapat jaminan pasaran tempatan dan luar negara, juga memperolehi harga yang lebih tinggi dan seterusnya memperolehi pendapatan yang menguntungkan jika pengeluaran hasil pertanian yang ada sekarang menepati aspek-aspek kualiti dan keselamatan yang terjamin. Sekiranya semua pengusaha pertanian mengamalkan pendekatan ini, tidak mustahil daya saing pengeluaran pertanian negara akan berjaya dipertingkat dan dipertahankan. Di samping itu semua jabatan dan agensi yang terlibat perlu menyegerakan tindakan melaksanakan program jaminan kualiti den memastikan bahawa pengusaha memahami langkah-langkah yang perlu dipatuhi secara berterusan bagi meningkatkan potensi kepada lebih baik lagi.
Kita semua sedia maklum bahawa perbelanjaan yang dilabur oleh Kerajaan untuk memajukan sektor pertanian adalah besar tetapi pendapatan yang diterima oleh golongan sasar masih rendah. Jadi, sudah sampai masanya pendekatan baru dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Fokus utama boleh diberi kepada industri padi dan beras serta Dasar Pengeluaran Makanan Strategik, ternakan dan perikanan laut dalam. Cara-cara baru juga perlu dikenal pasti untuk memastikan bahawa pertubuhan-pertubuhan petani dan nelayan sebenarnya meningkat pendapatan ahli mereka secara berterusan dan tidak mengayakan pertubuhan-pertubuhan terlibat sahaja.
Tindakan ini perlu diambil supaya golongan yang disasar akan memperolehi pendapatan yang bertambah untuk mengatasi masalah kemiskinan dan sekali gus menaikkan taraf hidup mereka. Antara potensi-potensi bidang pertanian yang perlu diberi perhatian dalam menggubal pendekatan baru ini termasuk memperkukuhkan organisasi yang menyelaras aktiviti, menyediakan skim pembiayaan yang bersesuaian termasuk penglibatan Kerajaan Negeri.
Potensi bidang pertanian dapat ditingkatkan dengan penggunaan teknologi terkini menerusi beberapa projek demonstrasi seperti Projek Sepuluh Tan Padi, Program Fertigasi Tanaman, Program Inkubator Industri Kecil dan Sederhana, Sistem Rumah Tertutup Ayam dan Amalan Pertanian/Ternakan/Akuakultur Yang Baik. Di samping itu, MARDI perlu berusaha untuk meningkatkan kadar pemindahan teknologi dan inovasi kepada usahawan kecil dan sederhana dan syarikat swasta yang terlibat dalam industri asas tani. Usaha bagi meningkatkan potensi bidang pertanian ini boleh dilaksanakan menerusi program seminar menggalakkan penggunaan teknologi MARDI, mengadakan pameran bergerak yang memberl fokus kepada teknologi baru, menubuhkan pusat maklumat teknologi di sebelas stesen utama dan merancang untuk mengadakan ladang contoh di beberapa stesen MARDI untuk dijalankan oleh industri kecil dan sederhana dan syarikat swasta. (Mahani Abu Bakar, 2009)
Potensi bidang pertanian sebagai perniagaan bergantung kepada bidang pertumbuhan baru atau new growth areas yang mempunyai potensi untuk dimajukan. Beberapa bidang baru yang berpotensi perlu diterokai ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, minimally processed food dan produk-produk bioteknologi seperti kultur sel, pharmaceutical, nutraceutical, produk-produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan. Inisiatif-inisiatif baru perlu diambil olah jabatan dan agensi di bawah kementerian untuk bekerjasama dengan pihak swasta bagi menerokai bidang-bidang ini.
Produk-produk yang telah dikenal pasti boleh meningkatkan potensi bidang pertanian dengan menyumbang kepada pencapaian lebihan imbangan dagangan ialah seperti ikan dan produk ikan, daging dan produk, buah-buahan, binatang hidup, telur, kopi, teh dan rempah. Usaha penjenamaan Malaysia’s Best oleh FAMA harus diperbanyakkan lagi agar dapat memperluaskan lagi pemasaran pengeluaran pertanian di dalam dan luar negara.
Selain itu, bagi meningkatkan potensi pengeluaran dan kecekapan pengeluaran hasil bidang pertanian, kementerian perlu merealisasikan pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran berteraskan Cluster seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, Target Area Concentration, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Kesemua ini bertujuan untuk meningkatkan potensi bidang pertanian,iaitu membangunkan komoditi dan produk yang berteraskan Industrial Districts di mana pemasaran, pengeluaran, innovasi dapat dirancang dan diperlengkapkan dengan infrastruktur sokongannya.
Di samping itu sumber pembiayaan pinjaman perlu juga diberi perhatian supaya pihak swasta dapat menjayakan projek-projek pertanian dan industri asas tani. Selain itu, selaras dengan keutamaan kerajaan mempertingkatkan potensi terhadap sektor pertanian dan industri asas tani, institut-institut pengaiian tinggi di negara perlu mengkaji semula pengajian dan kurikulum yang disediakan pada masa ini supaya dapat melahirkan graduan yang sesuai selaras dengan kehendak bidang pertanian. Dalam hubungan ini, dicadangkan supaya pihak universiti-universiti meneliti semula pengajian dalam bidang pertanian yang disediakan supaya selari dengan permintaan pihak swasta dan organisasi awam. Usaha juga perlu dipertingkatkan untuk menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang pertanian sebagaimana mereka berminat menyertai sektor pembuatan dan perkhidmatan. Ini termasuk mendedahkan golongan muda kepada peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan sebagai kerjaya yang berpontesi untuk memberi keuntungan kepada mereka. Program Tunas Mekar perlu diteliti untuk dilaksanakan dalam sektor pertanian secara besar-besaran. Oleh yang demikian, dengan cara ini dapat juga meningkatkan potensi bidang pertanian sebagai perniagaan yang menguntungkan kepada mereka.
Selain daripada itu juga, Peranan Kerajaan Negeri untuk bersama dengan kementerian membawa arus perubahan yang baru kepada sektor pertanian adalah sangat penting bagi meningkatkan potensi bidang pertanian. Pembangunan pertanian memerlukan tanah sama ada di darat atau laut dan perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Misalnya, Jabatan Perikanan telah merancang untuk membangunkan Zon Industri Akuakultur dan kawasan-kawasan yang dikenal pasti adalah terletak di negeri-negeri. Kejayaan projek ini sangat bergantung kepada kelulusan Kerajaan Negeri dan syarat-syarat lain yang dikenakan kepada pengusaha-pengusaha yang akan memaju projek.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama jabatan dan agensi di bawahnya perlu merancang dan melaksanakan program juga projek untuk meningkatkan potensi bidang pertanian selaku pengeluaran makanan dan memajukan kumpulan sasaran iaitu para petani. Dalam hubungan ini, kumpulan sasaran para petani terdapat di peringkat daerah, kampung dan mukim. Oleh yang demikian, nisbah pegawai dan bilangan petani harus dilihat semula supaya bilangan pegawai yang ditempatkan di peringkat negeri dan daerah adalah pada tahap yang bersesuaian dengan bilangan petani. Ketua-ketua jabatan dan agensi perlu melihat semula cara-cara pengagihan (decentralization) tenaga kerja di peringkat bawah supaya hasil pertanian dapat dikekalkan dalam potensi yang baik sebagai perniagaan menguntungkan.
Pertanian dalam negara mampu berdaya saing sekiranya semua pengusaha dalam bidang pertanian turut mengambilkira program pensijilan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.  Pengusaha-pengusaha pertanian boleh mendapatkan pengiktirafan melalui pensijilan Amalan Pertanian Baik (APB) seperti sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) daripada Jabatan Pertanian Malaysia, Sijil Amalan Ladang Ternakan (SALT) daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Selain daripada produk yang dikeluarkan berkualiti dan selamat untuk dimakan, pensijilan diperolehi secara tidak langsung dapat menepati piawaian pengeluaran antarabangsa yang membolehkan hasil keluaran dipasarkan ke luar negara











Perubahan Iklim Dan Cuaca

Perubahan iklim dunia secara mendadak berupaya menjejaskan jaminan bekalan makanan dunia dan merupakan cabaran utama dalam bidang pertanian. Kenyataan ini boleh dibuktikan melalui laporan Perkembangan Ekonomi Malaysia pada suku pertama tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu “pertumbuhan dalam sektor pertanian menguncup 3.8% (S4 2015 : 1.5%), terutama mencerminkan pengeluaran minyak sawit yang lebih rendah, berikutan fenomena cuaca El Nino yang menjejaskan hasil tanaman.”

Faktor bencana alam seperti banjir, kemarau dan tanah runtuh mempengaruhi jumlah pengeluaran semasa dan lebih teruk lagi pengusaha terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat kemusnahan tanaman. Turut memetik kenyataan Pengarah Pertanian Terengganu, Encik Yusof Maidin kepada akhbar Sinar Harian online pada 3 Februari 2013, bencana banjir di Terengganu memusnahkan tanaman seluas 688 hektar dengan kerugian lebih RM1.7 juta, membabitkan lebih 12,000 petani. Tanaman paling banyak terjejas adalah padi meliputi kawasan seluas 275.5 hektar, diikuti tanaman kontan (149.82 hektar), sayur-sayuran (115.38 hektar) dan pokok buah-buahan (103 hektar). Selain tanaman, banjir itu turut memusnahkan peralatan dan mesin pemprosesan mengakibatkan kerugian RM42,000.00 kepada 10 pengusaha.
Perubahan cuaca yang ekstrem di sesetengah negara juga boleh menjadi sebab keperluan bahan makanan semakin berkurangan. Hal ini pernah berlaku di Rusia pada tahun 2010, yang telah menyebabkan kerajaan Rusia mengambil langkah drastik menghentikan eksport hasil pertanian gandum dan barli mereka. Krisis makanan juga pernah berlaku di Malaysia pada bulan Mac dan April tahun 2008 dan 2016. Krisis ini terjadi apabila kekurangan beras dan kenaikan harga minyak mentah global. Ternyata, ia telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat apabila inflasi berlaku dan harga keperluan makanan naik dengan mendadak. Selain daripada isu cuaca, faktor lain yang membawa kepada masalah kekurangan makanan adalah berpunca daripada kejadian bencana alam yang berterusan. Apabila terjadinya bencana alam, ladang-ladang pertanian akan musnah dan ada yang terpaksa menukar tanah-tanah pertanian menjadi kawasan penempatan penduduk. Akibatnya keluasan tanah-tanah pertanian menjadi semakin kecil.

Masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk tujuan pertanian komersil berskala besar. Melalui kajian tapak yang dijalankan oleh Rafiqah Mat dan Aziz Abdul Majid (2015) mendapati “pengusaha pertanian menghadapi halangan atau masalah yang berkaitan dengan tanah seperti keluasan tanah yang tidak ekonomik, kekurangan tanah kosong, tanah yang kurang sesuai untuk pertanian dan masalah sewa tanah”. (hlmn. 51).

Saiz tanah yang terhad hanya menghasilkan jumlah pengeluaran berskala kecil sahaja dan menampung keperluan di pasar-pasar dan kedai-kedai sekitar nya. Hal ini tidak membantu meningkatkan julat keuntungan kepada pengusaha, sebaliknya pendapatan yang statik ditambah pula beban kos utiliti yang saban hari semakin tinggi, hanya mengundang kepada masalah baru iaitu peningkatan harga makanan dan harga barangan. 

Masalah Tenaga Buruh
Dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu. Para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi pekerjaan turun-temurun. Lebih parah, generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun-temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih ´bermaruah´ dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian.
Hal ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik. Peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin. Sebaliknya, pendapatan di sektor pertanian tidak stabil.
Penghijrahan tenaga buruh dari sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di sektor pertanian. Malah, bilangan ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh turut meningkat tahun demi tahun.
Kekurangan tenaga buruh yang mendesak menyebabkan ramai pekerja asing dibawa masuk. Di antara tahun 2001-2003 sahaja, seramai 19,343 buruh asing tambahan telah diambil bekerja dalam sektor pertanian (termasuk sektor peladangan). Lebih parah, petani asal yang tinggal adalah terdiri daripada petani yang sudah tua dan uzur. Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian pada tahun 2002/2003, 39% daripada petani yang ditemubual berumur lebih dari 55 tahun.

Kekurangan Modal
Kekurangan modal pula merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden, terutamanya menanam semula tanaman getah yang telah tua dengan baka benih atau klon yang tinggi daya pengeluarannya dan lumayan hasilnya. Sebabnya untuk menanam semula, petani terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat tahun untuk mendapatkan hasil. Dalam tempoh tersebut, mereka tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan semasa lagi. Dengan itu, walaupun teknologi moden berpotensi memberikan manfaat yang besar, mereka tidak berkemampuan untuk menerimanya. Kekurangan ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak dapat dilaksanakan. Juga, petani yang kurang pendidikan akan menghadapi masalah kekurangan modal kerana mereka sukar memperolehi kredit daripada institusi kewangan. Untuk mendapatkan kredit, mereka terpaksa memenuhi syarat dan keperluan yang kompleks yang ditetapkan oleh institusi berkenaan.

Selain daripada cabaran yang dikemukan oleh Yuni (2013) di atas, terdapat juga cabaran-cabaran lain seperti yang dinyatakan oleh Shahril (2012) iaitu;

Transformasi Ladang
Saiz tanah yang tidak ekonomik menyebabkan produktiviti dan kos pengeluaran yang tinggi. Program untuk memperolehi faedah berskala seperti projek kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet/kelompok, Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan Projek 10 Tan Padi telah pun dilaksanakan. Dalam skim-skim ini, Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practices) digalakkan supaya keluaran pertanian yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat dimakan. Program Plantation Integration Areas (TAC) juga dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan perladangan bagi menjanakan hasil sampingan dengan ternakan lembu.

Transformasi Tenaga Buruh Kepada Penggunaan Mekanisasi, Otomasi dan Teknologi
Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat ´post harvest´.

Pengurusan Ladang Yang Moden
Program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti manakala pakar-pakar dan pekerja yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat tani. Untuk mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal. Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar.

Daya saing Lebih Tinggi
Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing di pasaran global. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan WTO dan AFTA, hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang tinggi. Sehubungan itu, hasil pertanian negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil pertanian dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara. Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen kuarantin dan setiap pintu masuk ke dalam negara.

Mempelbagaikan Pulangan Pelaburan
Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.




BEBERAPA LANGKAH DALAM MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN KUALITI PERTANIAN

Bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pertanian samada peringkat petani, pengusaha ladang, mahupun badan korporat dan kerajaan, beberapa langkah wajar diambil perhatian untuk dilaksanakan. Pertamanya ialah menggiatkan pertanian secara kontan dan komersil untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dengan mengurangkan import dan menambahkan eksport. Para petani dengan bantuan kerajaan perlu mengusahakan tanaman yang mempunyai potensi komersil seperti produk semulajadi khusus, keluaran hutan bukan balak, keluaran bioteknologi, florikultur, dan sebagainya.

Antara masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian ialah saiz ladang yang berskala kecil dan tidak ekonomik yang meninggikan kos dan mengurangkan produktiviti. Kajian yang dijalankan mendapati 65% pesawah padi mengusahakan sawah yang bersaiz kurang dari satu hektar. Bagi mengatasi masalah ini, program-program untuk memperolehi faedah berskala perlu dijalankan. Contohnya seperti projek kelompok, pemuliharaan tanah terbiar secara estet, dan taman kekal pengeluaran makanan.

Langkah kedua ialah menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran makanan secara komersil. Jika diperhatikan, pelaburan syarikat-syarikat swasta dalam sektor pertanian adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan di dalam sektor pembuatan dan perladangan. Ini adalah kerana masih wujudnya persepsi bahawa sektor pertanian mundur dan memberi pulangan yang kurang berbanding sektor lain.

Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan MIDA telah pun menyediakan insentif istimewa dan potongan cukai bagi projek pertanian, pengeluaran makanan, dan lain-lain industri asas tani seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Penggalakkan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas seperti taraf perintis, elaun cukai pelaburan, insentif penyelidikan, insentif eksport, dan sebagainya. Walaupun insentif yang diberikan kepada sektor pertanian sangat banyak dan menarik, namun peratusan pelaburan yang diharapkan masih tidak memuaskan.

Langkah ketiga yang perlu dilaksanakan ialah pemindahan dan penggunaan teknologi moden. Kebergantungan sepenuhnya kepada tenaga buruh dalam sektor pertanian perlu dikurangkan dengan melaksanakan transformasi tenaga buruh kepada penggunaan mekanisasi, otomasi, dan teknologi moden.

Antara usaha yang perlu digiatkan termasuklah program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem ternakan secara tertutup (closed house system). Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi perlu dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture, dan sebagainya. Bagi mempercepatkan modenisasi bidang pertanian ini, kita perlu menjalinkan kerjasama serta mendapatkan khidmat bantuan dan kepakaran dari negara-negara luar.

Langkah yang keempat ialah menggiatkan penyelidikan dan pembangunan bagi mewujudkan sumber pertumbuhan baru dengan mengguna dan memulihara sumber semulajadi secara lestari di samping meningkatkan produktiviti ke tahap yang maksima.

Kita banyak bergantung kepada teknologi dan input luar. Sebanyak 95% daripada benih tanaman sayuran dan 40% daripada benih tanaman buah-buahan adalah diimport dari China, Australia, dan Taiwan. Justeru, kita perlu meningkatkan usaha penyelidikan bagi mencari sumber-sumber benih alternatif dan menambahkan produktiviti serta keberkesanan kos pengeluaran pertanian di samping menghasilkan produk-produk baru yang inovatif. Kajian juga harus dijalankan bagi menghasilkan rantaian nilai tambah yang lain seperti pemprosesan makanan dan cara-cara pembungkusan di samping langkah-langkah susulan dalam mengkomersialkan penemuan-penemuan kajian dari makmal kepada pasaran.

Langkah kelima pula ialah pengurusan pertanian yang efisyen. Ini meliputi penggunaan tanah secara intensif melalui pelaksanaan lebih meluas campuran tanaman, mengintegrasi pengeluaran makanan dengan tanaman ladang, menggunakan sumber semulajadi secara mampan dan mesra alam, serta menggalakkan rantaian dengan aktiviti lain seperti industri pembuatan. Sebagai contoh, kita boleh mengorientasikan semula getah sebagai tanaman strategik yang membekalkan balak untuk industri berasaskan kayu serta lateks bagi industri berasaskan getah. Ini dapat meningkatkan produktiviti secara maksima dengan kos yang minima.

Langkah yang keenam ialah memberikan bimbingan dan latihan kepada para petani. Pendekatan yang terbaik ialah memfokuskan kepada teknik pengurusan tanaman yang bersifat mesra alam dan kurang menggunakan racun merbahaya bagi meningkatkan mutu dan keselamatan produk pertanian. Justeru, kita perlu menggalakkan petani supaya mengamalkan teknik natural farming dengan sistem rawatan tanah, penggunaan baja dan racun perosak yang selamat digunakan. Program latihan dan kemudahan mesti dipertingkatkan bagi memastikan peladang dibekalkan dengan kemahiran teknikal. Untuk mencapai tujuan ini, inkubator-inkubator bagi memberikan latihan hendaklah dibina di seluruh kawasan pertanian.

Langkah ketujuh ialah menjalankan pertanian secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian. Ini bertujuan bagi membangunkan pertanian secara kelompok dan mendapatkan faedah perbandingan. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon industri akuakultur, zon tanaman, zon ternakan, dan kawasan integrasi. Penwujudan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan produktiviti mereka dan memudahkan Kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis pertanian yang dilaksanakan sesebuah kawasan.

Langkah kelapan ialah memperlengkapkan kemudahan infrastruktur dan pemasaran hasil pertanian. Kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga perlu disediakan untuk melancarkan pemasaran serta mengelakkan masalah lambakan.

Langkah kesembilan ialah pemantauan bersepadu terhadap kualiti hasil pertanian. Kerajaan perlu memastikan bekalan makanan yang dihasilkan mencukupi, berkualiti, selamat dimakan, berkhasiat, dan dijual dengan harga yang berpatutan. Kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing di pasaran global.Di peringkat pasaran global, isu mengenai keluaran pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan kini menjadi satu keperluan penting. Piawaian-piawaian yang ditetapkan oleh CODEX Alimentarius Commission, Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) dan Euro Retailer Working Group Good Agriculture Practice (EUREPGAP) perlu diamalkan bagi menjamin kemasukan produk kepada negara pengimport.

KESIMPULAN

Jelaslah di sini, anggapan terhadap sektor pertanian dan industri asas tani selama ini meleset dan perlu diubah. Kempen kesedaran untuk mengubah persepsi dan tanggapan awam tentang sektor pertanian dan industri hiliran berasaskannya perlu segera dibuat bagi menyedarkan masyarakat bahawa pertanian sebenarnya satu perniagaan, satu bidang komersial yang amat menguntungkan bukan lagi aktiviti tradisional bagi menampung keperluan makanan seisi rumah semata-mata yang menggunakan tulang empat kerat, sebaliknya satu industri yang dibangunkan dengan jentera dan peralatan moden dan bernilai untuk pasaran eksport. Malaysia yang kaya dengan hasil bumi dan tanah yang subur mampu menjadi pusat pertanian yang pesat sehinggakan dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, bidang pertanian ini juga menjadi salah satu bidang yang mempunyai daya saing yang tinggi dan merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.



RUJUKAN

Mohammad Shukri Majalin. (2011). Menjadi usahawan tani yang berjaya. Selangor: Penerbitan Melur.
Valentino Dinsi. (2015). Satu keluarga satu usahawan "skuse" (Jamaludin Shahidan, Peny.). Selangor. JSA WISE Sdn Bhd
Ashriq Fahmy Ahmad. (2012). Cabaran graduan usahawan tani. Capaian 11 Disember 2016, dari http://ww1.utusan.com.my
Ghazali Basri. (2016). Program my best buy rekod jualan rm8 juta. Capaian 11 Disember 2016, dari http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/pertanian/
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). (2016). Penubuhan dan latar belakang. Capaian 11 Disember 2016, dari http://www.mardi.gov.my/
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). (t.t). Latarbelakang. Capaian 11 Disember 2016, dari http://www.fama.gov.my/
Rafiqah Aziz. (2015). Kepentingan pertanian bandar dan cabaran yang dihadapi oleh petani bandar di malaysia. Capaian 11 Disember 2016, dari http://malaysiangeographers.org/ h.44-56
Usahawan.com. (t.t). Pertanian adalah perniagaan. Capaian 11 Disember 2016, dari http://www/usahawan.com/kerjaya/pertanian-adalah-perniagaan.html 
Laupa Junus. (2009, 13 Ogos ). Pendekatan baru perkasa : sektor pertanian. Agro Biz, h. 2.
Mohamad Nizam Malik. (2009, 13 Ogos) Agribazaar. Agro Biz, h. 19.
Fatimah Mohamed Arshad. (2007). Pertanian Sebagai Pertanian, Serdang: Universti Putra Malaysia, diakses dari http://econ.upm.edu.my/~fatimah/Pertanian-sbg-Perniagaan-07.pdf, diakses pada 11 Disember 2016

Shamshubaridah Ramlee & Madeline Berma  (2007) Pertanian Adalah Perniagaan” : Analisis Pengurusan Kewangan Pks Pertanian Dan Asas Tani, PROSIDING PERKEM IV, JILID 2 (2009) 151-160

1 comment:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete